Arini asyik ujan saja.. tp sonok sbb dapat amik gambar waterdrops..! Skali tgk pokok ni.. dh lama nak amik gmbr dia tapi bunga yang tumbuh slalunya terlalu tinggi.. kali ni dah ada ada waterdrops yg cun.. then ada bunga yang agak rendah utk shoot.. cun2..
Ni la hasil2 dari shoot lepas ujan tadi...
Gambar bunga
Pokok Jarum Tujuh Bilah (with waterdrops)
Lepas posting gambar waterdrops tadi baru la dok tanya pakcik google pasai pokok ni.. ni info2 yg aku dpt...
INFO INFO!!!!
Nama Tempatan: Jarum tujuh bilah
Nama Saintifik: Pereskia sacharosa/saecnarosa
Nama Lain: Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan
Famili: cactaceae
keterangan:
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia.Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra.Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004.Ia juga boleh membiak melalui biji benih.Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari afrika selatan,amerika tengah dan India barat.Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam , kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
kegunaan:
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya kedalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum.Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman the selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my/kstas/NSFWorkshop/NSF/nsf%5CPHAR18.DOC ia juga dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis
**** sumber dari: http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=24&cat=HERBA
Khasiat jarum tujuh bilah
JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus paling primitif dalam keluarga kaktus.
Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.
Keadaan optimum untuk pertumbuhan mesti ada sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan.
Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah.
Kegunaan:
Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum.
Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.
Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my
Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.
Cara menanam:
· Mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk.
· Boleh membiak melalui biji benih.
· Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi.
· Daunnya rangup dan sedikit berlendir serta boleh dijadikan ulam atau salad.
**** Sumber dari: http://fazlisyam.com/2007/08/03/khasiat-jarum-tujuh-bilah/
Thursday, April 9, 2009
Outdoorgraphy™ : Bunga Jarum Tujuh Bilah Closeup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
thanks for the herbal info!!
i search it for so long time!
Saya berrasal dari Bintulu Sarawak,ingin berkunsi sedikit pengelaman saya tentang daun pokok tujuh bilah ini,walaupun hingga kini belum ada orang yang membuktikan bahawa daun tujuh bilah itu bagus untuk rawatan perut.Saya mempunyai sejenis penyakit perut yang agak lama,walaupun penyakit itu bukan sangat kuat tetapi sangat menyusahkan hidup harian saya.Penyakit saya itu perpunca dari gastric tetapi lama kelama iya menyadi kembong,rasa tidak selesa selepas makan kerana perut sentiasa ada banyak angin.Saya pernah brapa kali bejumpa dengan Dr pakar dan melakukan endoskop tetapi ubat yang mahal itu tidak membantu menyebuhkan perut saya,dalam perut saya ada sejenis ulat yang dia orang panggil H pylori.Pada suatu hari seorang kawan telah mengatakan bahawa daun tujuh Bintang bagus untuk perut yang seperti saya alami,saya memang sangat was-was karana saya telah membeli dan bebelanja beribu ringgit untuk perut saya,walau bagaimanapun saya cuba makan lima keping daun itu,saya merasakan ada bagus sehingga sekarang.Jika anda merasakan ubat kedai tak dapat pulihkan perut anda cubalah daun tujuh Bintang ,selamat mencuba.
Post a Comment