Sunday, April 26, 2009

Bukit Broga Outing & Mishap :(

Salam. Sepatutnya entri ni menceritakan kisah2 sonok aku outing kat KL, namun sebelum cerita yang tu semua, just aku nk tulis tentang kisah outing yang penuh dengan keseronokan, adventure & semangat setiakawan dikalangan rakan-rakan photographer.

Aku dijemput menyertai outing ke Bukit Broga, Semenyih oleh salah sorang contact flickr dan memandangkan tiket bas balik ke SP kul 5 petang, awal2 dah pakat dengan Rizal utk join.

Mananya xmau join, asik2 tgk gambar yang menarik dari kawan2 yang outing kat sana.. So malam sebelumnya kami outing gak.. shoot skyline KL.. abis dari outing tu kami ke downtown cheras cari torchlight. So sampai rumah lebih kurang 2pagi.. Terus rest, dan tepat jam 4.30 pagi kami bangun mencanak2 siap utk outing.

Guna gps & google map, sampai kami ke tempat RV di semenyih & bertemu kawan2 yang dah siap menunggu. Antaranya otai2 seperti EmranMT, AzliPhotography, Shazral & Arabischenab juga Faiz, adiknya & tak lupa satu2nya awek, Cik Ashikin.

Masa masuk ke kawasan tu aku mcm rasa pelik la plak sbb area kelapa sawit tu penuh kereta pagi2 buta. Kami hike sampai pancit2... best plak lama x hike. Beg aku yang penuh dengan gear tu buat hiking skill aku tercabar la.. mmg pancit tahap gaban.. hehe

Sampai je kaki bukit.. tersengap jap aku.. indahnya panorama... naik sampai atas.. wuiyoo.. giler lawa.. sapa x penah pergi mmg akan terdiam seketika melihat keindahan bukit Broga ni.

Lepas naik dua puncak, rest ala kadar.. masing2 dah mula shoot sana sini.. aku pun sama la.. pano.. pano beb.. aku shoot byk pano ajer.. xpandai nak shoot menda lain.. namun sempat gak shoot macro sbb jumpa "Ant Mimic Spider" sepasang...

Namun keseronokan tu tak lama.. Lepas aja shoot adegan lompat2 atas batu.. rizal plak ditimpa musibah.. Kaki dia dh sakit & lepas aku check.. aku dh suspect muscle tear.. Sbb dia langsung x leh berdiri...

Sbb xnk ganggu keseronokan kawan2 yang lain aku decide ajak rizal turun pelan2... tapi hebat kawan2 ni semua.. turun sama2 gak..

Mula2 rizal try gak nak berjalan namun lepas tu kawasan yang curam.. dia mula la turun sambil duduk (mengesot2 turun..)

Gilanya turun tu sampai area yang landai.. Emran & Azli pakat2 tolong angkat rizal.. hebat betoi..





Lepas tu aku call 999. Kesilapan bagi maklumat jalan buatkan diorg lewat tiba.
Penat betol turun tu.. smp dekat 2 jam lebih turun sambil mengesot.. Rizal dah xleh jalan lagi. Aku decide turun ngan faiz utk tunggu JPA3 kat bawah..

Tunggu punya tunggu dpt panggilan JPA KL, diorg baru nak kuar. Mmg lewat lagi tu. So aku mintak faiz belikan ais. Naik balik bawak ais kat rizal. Aku mmg pancit tahap dewa sampai nak bernapas pun dah xleh.. Giler..

So kami pun tunggu je kehadiran JPA..
Selebihnya biar gambar2 ni ceritakan..



































Rizal dihantar ke Hospital Kajang.. aku plak mujur ada housemate rizal tolong hantar ke hentian Duta.. cukup2 time sampai situ. naik bas n balik ke SP.

Rizal pulak naik flight balik Penang. Terus admitted kat Hospital Pakar Puteri Sg. Petani. Dpt mc gomen 18hari. Skrg ni warded kat SP.

Aku pun dh penat taip. Nak gi melawat dia jap. Letih masih terasa.

Apa2 pun terima kasih buat semua sahabat yang banyak membantu. Tanpa bantuan korang aku mst menggelabah sorg2.

Insyaallah kita akan outing lagi & kalau turun Penang, bagitau jer.. aku bwk korang outing sini plak...

6 comments:

faizzaki said...

fuhhh ! terharu sungguh aku baca laporan kau. semangat setiakawan yg ditonjolkan oleh photographer2 sekalian mmg tip top. kem salam kat fareq rizal. moga cepat sembuh

neem said...

tu la..nakal sgt. hehe

ina said...

Allah..baru je jumpa dia kat klcc aritu..dok shoot2 klcc, pulak dah ada kemalangan plak..

kem salam kat dia okay..

semoga dia cepat sembuh..

mohd shazwan nabil said...

iskk...pengantin baru ni.
semoga cepat sembuh

allin said...

semuga cepat sembuh...cepat kit sembuh tau, bulan 6 neh nk jadi pengantin baru hohohoho...

blog-tips-kurus said...

2009?
sekarang 2011.. kami baru je turun. :-)